malaynews1. Powered by Blogger.

SEDIH!!!Pesanan terakhir arwah ibu Awie sebelum meninggal dunia

Ibu Awie Allahyarhamah Azizah Abd Hamid 75, sempat menyanyikan sebuah lagu di ‘group whatsapp’ sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ketika itu Awie merasakan sangat gembira melihat tingkah laku ibunya yg menyanyi secara spontan yg ditujukan khas untuk anak-anak dan cucu-cucunya.

“Saya tidak menyangka nyanyian itu adalah untuk kali terakhir buat kami sekeluarga. Ibu saya kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang petanda yg dia sakit.”

“Namun semua ini sudah ditakdirkan, dalam pukul 8 pagi tadi, orang gaji hubungi saya yang ibu saya jatuh di bilik air. Tiba saya di rumah, saya pegang tangannya tetapi dah sejuk, nak sedapkan hati, saya hubungi ambulans.”

“Setelah selesai pegawai kesihatan membuat pemeriksaan ke atas ibu saya dan mengesahkan ibu saya sudah meninggal dunia,”
ujar Awie kepada portal Murai.com.my.






Awie juga menyeru kepada sesiapa yang mengenali arwah ibunya, sekiranya ingin menuntut hutang sila bertemu dengannya di rumah di Taman Ukay Bestari.

“Kepada yang ingin menuntut hutang sila berjumpa dengan saya, kalau ada yang ingin halalkan saya ucapkan berbanyak terima kasih.

“Dengan kesempatan ini juga saya ucap terima kasih kepada para tetamu, rakan-rakan dan pihak media yang meluangkan masa untuk solat jenazah, saya amat hargai,”
kata Awie mengakhiri bicara.



Sumber : Portal Murai



 

0 Komentar untuk "SEDIH!!!Pesanan terakhir arwah ibu Awie sebelum meninggal dunia"
Back To Top