malaynews1. Powered by Blogger.

GILA!!!Syahrini Dikecam Peminat Kerana Gambar Disembah Pekerja


Penyanyi dan pelakon jelita Indonesia, Syahrini dikecam hebat baru-baru ini selepas sekeping foto yg dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya menunjukkan lima orang bekerja di Princess Syahrini Entertainment Indonesia melutut sambil menyembah Syahrini sebagai tanda hormat.

Pelbagai kecaman hebat muncul malah ianya dianggap agak keterlaluan dan salah disisi agama Islam. Sedangkan Syahrini beragama Islam.

Ramai yg tidak bersetuju dengan tindakan Syahrini dan menuduh Syahrini sengaja mencari publisiti murahan.



Namun menurut Syahrini, foto tersebut hanya gurauan semata-mata dan bukan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.


Saya seorang muslim, dan sebagai salah seorang yg beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.

Itu sekadar guarauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’.

 

0 Komentar untuk "GILA!!!Syahrini Dikecam Peminat Kerana Gambar Disembah Pekerja"
Back To Top