malaynews1. Powered by Blogger.

CUN!!!Wajah terkini Vie Santie, isteri Eizlan Yusof

Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yg mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yg berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.





Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.






Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun - Sinar Harian.


 

0 Komentar untuk "CUN!!!Wajah terkini Vie Santie, isteri Eizlan Yusof"
Back To Top