malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA!!!Pasangan Suami Isteri Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Ngeri





NGERI mangsa kemalangan yang membabitkan sebuah treler, pacuan empat roda Pajero dan dua buah motorsikal



PENAMPANG - Pasangan suami isteri warga emas terbunuh dalam sebuah kemalangan ngeri yg membabitkan empat buah kenderaan di Bulatan Sigar, Gongonggon, tengah hari tadi.



Dalam kejadian yg mengerikan itu, kenderaan Mitsubishi Pajero dikatakan hilang kawalan lalu merempuh dua buah motosikal dari belakang menyebabkan mangsa tercampak ke bawah treler.



Menurut saksi di tempat kejadian, pemandu lori treler terbabit gagal mengelak kemudian menggilis pasangan terbabit. Manakala, seorang lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan parah.



Difahamkan, pasangan warga emas terbabit dikenal pasti berasal dari Kampung Duvanson, Putatan, dalam perjalanan ke pekan Dongonggon untuk membeli barang dapur.



Sementara itu, Ketua Polis Penampang DSP Azmir Abdul Razak mengesahkan kejadian berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.



Menurutnya, pemandu Pajero terbabit kini ditahan untuk membantu siasatan, manakala pemandu lori berkenaan gagal dikesan.



“Polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian,” katanya -MYMEDIAHUB





















 
0 Komentar untuk "BERITA!!!Pasangan Suami Isteri Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Ngeri"
Back To Top