NIKITA MIRZANI
RUMAH tangga pelakon seksi, Nikita Mirzani dengan Sajad Ukra yg memasuki usia setahun pada 11 Oktober lalu sudah tidak mampu diselamatkan lagi.
Terbaharu, ketika proses perbicaraan kes cerai itu didengar di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia, Nikita telah menuntut hak penjagaan terhadap dua pertama hatinya yg masih dijaganya hingga kini.
Kata Nikita, dia tidak rela jika keputusan hak penjagaan anak jatuh ke tangan suaminya.
“Saya tidak rela. Langkah mayat saya dahulu. Mana tidaknya, sepanjang kami bersama, saya yg membesarkan kedua-dua anak saya,” kata Nikita.
Sementara itu, ketika ditanya tentang jumlah tuntutan nafkah yg diminta untuk dirinya, pelakon yg popular menerusi filem Drakula Cinta itu enggan berkongsi mengenai jumlah tersebut.
“Maaf. Saya tidak dapat kongsikan kepada khalayak. Yang pasti saya tidak meminta lebih, cukup sekadar hak penjagaan anak memihak kepada saya.” kongsinya.
ARTISMELETOP
0 Komentar untuk "WOW!!! Nikita tuntut penjagaan anak"