malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI!!! Awas! Virus Lucah Di Facebook Kelihatan Seperti Anda Yang Melakukannya !








Semenjak kebelakangan ini ramai rakan-rakan di facebook membuat aduan melihat posting lucah di wall dan yg melakukannya adalah rakan-rakan di facebook sendiri. Awas! Ini adalah satu virus yg semakin merebak secara meluas.

Virus ini adalah sejenis virus lucah yg secara automatik diposkan ke “wall facebook” anda oleh rakan anda yg telah tertipu dengan virus ini. Sesiapa sahaja yg mengklik link pada virus yg di poskan di wall secara automatik akan melakukan perkara sama kepada rakan yg lain.

Sebagai contoh. Jika Si A pernah mengklik link virus itu kemungkinan besar Si A akan mengeposkan link lucah yg sama kepada rakannya yg lain tanpa Si A sedari. Ini adalah secara automatik. Rakan-rakan yg lain akan melihat seolah-olah Si A yg melakukan perkara itu padahal itu adalah satu virus yg aktif secara automatik selepas Si A mengklik link virus itu tadi.


Virus ini disebarkan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab dan kemungkinan besar adalah dari hacker yg jahat.

Langkah keselamatan untuk mengelakkan virus:





  1. Terus memadamkan posting di wall anda jika ada rakan yg mengeposkan posting lucah.

  2. Elakkan mengklik sebarang link lucah di facebook timeline.

  3. Jika ada rakan menghantar sebarang link berbahasa inggeris di ruangan chatting sila padam dan jangan sesekali klik link itu.

Langkah-langkah ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu dengan virus ini. Awas! Jika anda tersilap mengklik link itu kemungkinan besar orang lain akan menyangka anda yg melalukan perkara itu walha itu adalah virus. Berhati-hati kerana hacker semakin berani.





0 Komentar untuk "TERKINI!!! Awas! Virus Lucah Di Facebook Kelihatan Seperti Anda Yang Melakukannya !"
Back To Top