Seorang lelaki dari Guangzhou yg bekerja di sebuah syarikat permainan video menggunakan 500,000yuan (RM273,232) untuk membeli 99 buah iPhone 6 bagi tujuan hiasan ketika dia meluahkan cintanya kepada seorang rakannya sekerjanya. Perbuatan dia ini lebih mengejutkan orang ramai berbanding perbuatan seorang Tycoon di China yg menghadiahkan iPhone 6 kepada semua pelajar di sebuah Sekolah Tinggi di sana.
Lelaki tersebut, yg telah menggunakan semua duit simpanannya yg dikumpul selama dua tahun, menyusun kesemua 99 buah iPhone baru itu menjadi sebentuk hati ditengah-tengah tempat parking kereta ketika waktu rehat.
Rakan sekerja wanitanya, yg diminati oleh lelaki terbabit, tiba di tempat tersebut setelah dipujuk dan ditekan dari rakan sekerja yang lain, namun dia tidak memberi sebarang respons luahan cinta lelaki itu lagi.
Sumber: shanghaiist.com
0 Komentar untuk "PERHH!!! Lelaki Beli 99 Iphone 6 Untuk Luah Perasaan Cintan Kepada Rakan Sekerjanya.."