malaynews1. Powered by Blogger.

PELIK!!! PELAJAR DARJAH 3 NEKAD TERJUN DARI KERETA






Kota Bharu: Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad terjun keluar daripada kereta apabila tayar kenderaan penculiknya itu tersangkut dalam selut, dalam kejadian di Kampung Aril, Melor, di sini, pada 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kanak-kanak berkenaan diculik hampir sejam ketika dia menunggang basikal bersama seorang rakannya di depan rumah.


Menurutnya, polis bertindak melakukan gerakan mengesan selepas menerima aduan.
“Ketika berbasikal itu, seorg lelaki tiba-tiba menghampiri mereka sebelum menarik kanak-kanak itu masuk ke dalam keretanya. Tapi, selepas kira-kira 22 kilometer dari lokasi kejadian, tayar kereta suspek tiba-tiba tersangkut dalam selut.


“Kesempatan itu memberi ruang kepada kanak-kanak itu melarikan diri. Dia kemudian ditemui seorg wanita di kawasan terbabit sebelum diserahkan kepada polis," katanya, di sini, malam tadi



.credit hMetro

 

0 Komentar untuk "PELIK!!! PELAJAR DARJAH 3 NEKAD TERJUN DARI KERETA"
Back To Top