malaynews1. Powered by Blogger.

MENARIK!! Bertuahnya Anak Scha-Awal, Lara Alana



BUKAN sahaja ayah dan ibunya menjadi tumpuan, sebaliknya anak mereka Lara Alana yg baru sahaja berusia 3 bulan turut mendapat perhatian hebat daripada peminat.

Sehinggakan laman sosial Instagram yg dibuka khas untuk si cilik itu awal minggu lalu telah mencecah 169 ribu pengikut (sehingga Jumaat lalu).

Menariknya, selain mempunyai peminat sendiri Lara juga sering menerima pelbagai hadiah daripada mereka.

Menurut Awal Ashaari, dia tidak sangka kelahiran Lara benar-benar mendatangkan tuah dan kegembiraan buat dia dan Scha.










"Tidak dapat saya bayangkan apabila anak kami dihadiahi pelbagai barangan berjenama dan mahal seawal usianya ini.

"Malah dia juga telah mempunyai sebuah kereta BMW mainan yg direka khas untuk kanak-kanak hasil pemberian seorang kenalan," katanya.

Tambah Awal, selain alat permainan, mereka juga sering menerima pelbagai koleksi pakaian untuk Lara.

"Setakat ini dia telah mempunyai lebih 200 pasang baju termasuklah yg dihadiahkan oleh peminat," katanya lagi.







 

0 Komentar untuk "MENARIK!! Bertuahnya Anak Scha-Awal, Lara Alana"
Back To Top