malaynews1. Powered by Blogger.

MEMALUKAN!!! Dara Hilang Di Hotel Bajet


Perkenalan seorang gadis yg bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.

Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet pabila gadis berusia 19 terbabit menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah dilakukan kekasihnya sendiri.

Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu manakala kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi.

Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lelaki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu kekasihnya yg dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel tersebut.

Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan yg bekerja sebagai pekerja swasta di Rawang, Selangor itu sanggup datang ke Dungun untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya yg juga dari Kelantan, malah mereka dikatakan baru pertama kali memadu asmara dan tidur bersama.


 DUNIA BARU
Tag : Bajet, Hilang, hotel
0 Komentar untuk "MEMALUKAN!!! Dara Hilang Di Hotel Bajet"
Back To Top