malaynews1. Powered by Blogger.

LUCU!! Padah Tipu Guna Air Kencing Bini, Lelaki Disahkan Hamil 2 Bulan Semasa Ujian Air Kencing..




KAHERAH – Seorang pemandu bas awam di Mesir kantoi didapati menipu ujian air kencing apabila disahkan hamil dua bulan setelah menukar air kencing dengan isterinya untuk mengelak disahkan positif mengambil bahan da dah baru-baru ini.



Lelaki itu yg tidak didedahkan identiti pada mulanya dipanggil seorang pegawai polis tempatan bagi menyemak kesahihan air kencing hasil pemeriksaan rutin pihak berkuasa terhadap pemandu bas secara rawak bagi mengesan pengambilan dadah.



Akhbar Mesir melaporkan, sewaktu disoal, suspek cuba berbohong apabila menegaskan air kencing itu sebagai miliknya menyebabkan pegawai penyiasat yg keliru dengan status tersebut akhirnya mengucapkan: “Tahniah, anda disahkan mengandung dua bulan!”



Lelaki itu akhirnya mengaku cuba menipu dengan menukar air kencing dan menghantar sampel urin milik isterinya bagi mengelak dikesan mengambil bahan larangan tersebut yg biasa digunakan kebanyakan pemandu untuk tidak mengantuk memandu terlalu lama.



Pihak berkuasa pengangkutan Mesir berkata, mereka mungkin akan mengambil ujian darah bagi mencegah gejala penukaran air kencing dalam kalangan pemandu tempatan apabila mendapati penipuan sedemikian sebenarnya sudah lama diamalkan tanpa dikesan.



Penggunaan dadah di Mesir dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kebanyakan pemandu bas gemar membeli ubat tahan sakit berharga murah yg mengandungi bahan perangsang tenaga untuk memandu tanpa mengantuk.



Dianggarkan kira-kira 12,000 orang maut akibat kemalangan jalan raya di seluruh Mesir setiap tahun dan kebanyakan kes disebabkan pemandu pengangkutan awam itu terlelap akibat memandu dalam tempoh agak lama tanpa mendapat cukup rehat. – Agensi

 

0 Komentar untuk "LUCU!! Padah Tipu Guna Air Kencing Bini, Lelaki Disahkan Hamil 2 Bulan Semasa Ujian Air Kencing.."
Back To Top