malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR!!! Wanita Misteri Tinggal Serumah Selama Beberapa Minggu Tanpa Disedari..




Apabila makanan di dapur atau peti sejuk anda hilang apa yg bermain difikiran anda?? Misteri ini terjadi kepada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 's channel.



Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yg aneh dengan perkara tersebut. Lantas dia mencari misteri yg berlaku itu dengan memasang sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.



Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut apabila mendapati seorang wanita misteri turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartmentnya. Seolah-olah seperti sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.



Wanita misteri itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita misteri itu naik kembali ke pengudaraan.



Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan lantas meninggalkan apartment untuk melaporkan kepada pada polis. Apabila polis menangkap wanita misteri tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.



Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.









Sumber: Dairishare.blogspot.com

 

0 Komentar untuk "GEMPAR!!! Wanita Misteri Tinggal Serumah Selama Beberapa Minggu Tanpa Disedari.."
Back To Top