malaynews1. Powered by Blogger.

GILA!!!Wanita Lalok Hisap Dadah Mati Terjun Dari Tingkat 11







KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita berpakaian baju tidur ditemui mati berlumuran darah di atas sebuah kereta Proton Wira oleh pengawal keselamatan yg melakukan rondaan kawasan bangunan.



Dalam kejadian di Kondominium Prima Setapak 2, Jalan Gombak, pada jam 6.30 pagi itu, mayat mangsa ditemui di tingkat bawah dipercayai terjatuh dari tingkat 11 bangunan berkenaan.



Mangsa dianggar berusia 20-an itu dipercayai tinggal kondominium berkenaan namun tiada sesiapa yang mengenali mangsa. Mangsa dikatakan tinggal di tingkat 11 kondominium itu.



Hasil siasatan polis forensik menemui peralatan menghisap dadah selain mendapat jeriji besi dan pintu rumah mangsa terbuka serta kosong.



Pihak polis masih menyiasat identiti sebenar mangsa yg dipercayai warga asing kerana tiada suntikan BCG di lengan mangsa.





0 Komentar untuk "GILA!!!Wanita Lalok Hisap Dadah Mati Terjun Dari Tingkat 11"
Back To Top