malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR!!!Isteri Ghaib, Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara




Isteri Ghaib, Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara



 Suami kepada seorang wanita yg menjadi mangsa pesawat MH370 terpaksa bernikah di negara jiran sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.

Pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri barunya bermadukan seseorang yg tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.

Suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yg hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November.

Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.




“Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami,” katanya.

“Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu,” tambahnya lagi.
sumber

0 Komentar untuk "GEMPAR!!!Isteri Ghaib, Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara"
Back To Top