malaynews1. Powered by Blogger.

COMEL!!!Mon Ryanti Kini Sudah Bertudung Sepenuhnya


Alhamdulillah. Pasti suami Mon Ryanti iaitu Mohd Hasrul Hadi paling gembira dengan keputusan yg diambil oleh isterinya ini.

Pelakon jelita yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini telah pun mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sejak 1 Muharram yg lepas.

Memang makin jelita, berseri dan menawan apabila Mon Ryanti bertudung. Pasti si suami bertambah sayang.

Berkata menerusi portal GUA, Mon Ryanti memaklumkan yg dia sudah memasang niat untuk berhijab sebelum berkahwin lagi. Malah keputusannya ini diambil bukan kerana mengikut ‘trend’ semasa. Kata Mon Ryanti:-


Rasa untuk berubah sudah ada lama dalam hati saya, sebelum berkahwin lagi, namun saya tangguhkan dahulu hasrat itu. Tapi pada Awal Muharram lalu, saya menetapkan hati dan terus memakai hijab.

Saya tak mengalami apa-apa mimpi dan saya tidak mengikut mana-mana trend, semuanya datang dalam diri saya sendiri.

Peminat-peminat memberi maklumbalas positif dengan imej baru saya. Saya masih dalam peringkat pembelajaran dan mahu berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan, insyaAllah



Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti atas penghijrahan ini. Semoga semakin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

 

0 Komentar untuk "COMEL!!!Mon Ryanti Kini Sudah Bertudung Sepenuhnya"
Back To Top