malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA!!! GADIS 20-AN DIRATAH 4 LELAKI DURJANA SECARA BERGILIR-GILIR

hqdefault


KAJANG – 2 jam umpama dalam neraka, seorang gadis 20-an #diratah oleh 4 lelaki durjana secara bergilir-gilir di bilik hotel di Taming Jaya bilamana mangsa termakan pujukan kenalannya untuk keluar makan bersama.


Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dijadikan tawanan dan hamba #seks sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota polis yg menyerbu hotel berkenaan pada pagi yg sama.


Mangsa pada mulanya diajak keluar makan oleh seorang suspek berusia 23 tahun pada jam 2 pagi hari kejadian. Mangsa yg tidak mengesyaki apa² terus bersetuju mengikut suspek yg juga kenalan baiknya.


Sebaik selesai makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah namun ditolak atas alasan lelaki itu mahu ke hotel untuk berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.


Sekali lagi, mangsa bersetuju mengikut suspek. Malangnya 3 lelaki yang sedia menunggu di hotel itu mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di tingkat dua hotel itu.


Terkejut dengan tindakan suspek, mangsa cuba melawan tetapi gagal sebelum #diratah oleh 4 suspek secara bergilir-gilir.


Dua anggota polis yg melakukan rondaan cegah jenayah pada jam 4 pagi terserempak dengan 3 suspek terbabit dalam keadaan yg mencurigakan di ruang lobi hotel. Apabila polis cuba menghampiri, suspek tiba-tiba melarikan diri.


Namun, tindakan pantas polis berjaya menemui suspek bersembunyi di tingkat dua hotel bersama seorang lagi rakannya. Hasil pemeriksaan, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak terurus dan memberitahu #diperkosa.


Sumber itu berkata, polis menahan ketiga-tiga suspek sementara seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri dengan terjun melalui tingkap.

 

0 Komentar untuk "BERITA!!! GADIS 20-AN DIRATAH 4 LELAKI DURJANA SECARA BERGILIR-GILIR"
Back To Top