Neelofa semakin cantik semenjak berhijab, sekali pandang memang tak puas jadi kena banyak-banyak kali pandang supaya dapat menatap keindahan ciptaan Allah.
Siapa sangka yg dahulunya Neelofa dikatakan seorang yg agak seksi namun sekarang tampil berimej berhijab. Comel pulak tu.
Neelofa merupakan seorang yg unik. Jika ramai orang lebih gemar menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium perantara, namun berbeza bagi pengacara jelita ini.
Neelofa tidak suka membalas mesej menggunakan aplikasi WhatsApp, sebaliknya dia lebih senang jika terus bercakap melalui telefon bimbit.
Hum kalau penulis sendiri pun rasa malas nak menghadap telefon bimbit lama-lama, kalau dapat bercakap terus melalui telefon lagi bagus. Masa pun lebih jimat dan perbualan pun lebih jelas.
Saya memang tak suka membalas kiriman WhatsApp. Saya rasa tidak puas. Lagipun, saya bukan jenis yang suka mengadap telefon bimbit terlalu lama. Ada sesetengah orang suka membelek telefon bimbit tetapi saya bukan orang sebegitu.
Saya lebih suka bercakap terus melalui telefon, katanya jujur.
Tidak hanya untuk urusan tertentu, Neelofa juga lebih suka menghubungi rakan-rakannya melalui telefon bimbit.
Sikapnya itu memang diketahui oleh rakan-rakannya dan mereka jarang sekali menghubungi pengacara dan pelakon itu menerusi aplikasi WhatsApp.
Okay la jugak macam tu kan dari tak balas atau bertindak balas langsung. Sekurangnya bila dapat WhatsApp terus menghubungi melalui telefon. Lain la kalau Neelofa ni jenis senyap terus.
Sumber artikel: gosipmalaysia.com.


0 Komentar untuk "ARTIS!!! Neelofa Akui Tak Gemar Membalas Kiriman WhatsApp"