malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS!!! Juliana Evans Semakin Berisi Sekarang?


Sudah sekian lama berada di Amerika Syarikat bagi meneruskan pengajiannya di sana, akhirnya pelakon cantik berwajah kacukan, Juliana Evans, 25 akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Wow! Pastinya ramai peminat Juliana Evans yg tidak sabar untuk menanti kepulangan selebriti berkenaan bagi mewainai semula dunia hiburan tanah air.

Murai Batu dikhabarkan, kepulangan bekas kekasih kepada seorang pelawak terkenal itu kali ini bukannya sehari dua, tetapi mungkin agak lama.

Malah Murai Batu difahamkan juga, pihak pengurusan Juliana Evans sudah membuat beberapa persiapan bagi menyambut kepulangan pelakon berkenaan termasuk sesi fotografi bersama-sama beberapa media terkenal tanah air.

Dikhabarkan juga, Juliana Evans akan kembali sibuk dengan beberapa acara seni termasuk menghadiri majlis-majlis hebat serta memenuhi beberapa tawaran bagi memenuhi kepulangannya ke tanah air.

Satu lagi berita yg , bahawa terdapat banyak perubahan yg wujud pada Juliana Evans termasuk bentuk tubuhnya yg sedikit berisi berbanding sebelumnya.


Agak kelakar juga apabila dengar cara Juliana Evans bercakap juga sudah berubah.

Maklum sajalah kerana terlalu lama berada di negara yg berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, maka gaya berbicara juga turut memberi kesan.

Apa-apa sajalah Juliana Evans. Apa yg pasti,diharap kepulangan anda ke tanah air akan memeriahkan kembali dunia hiburan.

Asalkan Juliana Evans masih tahu asal usulnya dan tidak melupakan peminatnya di sini, itu sudah memadai. KAMI
0 Komentar untuk "ARTIS!!! Juliana Evans Semakin Berisi Sekarang?"
Back To Top