malaynews1. Powered by Blogger.

Rozita Dan Isu Tajaan


Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) diminta timbang semula tajaan bersalin kepada pelakon Rozita Che Wan gesa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ini kerana artis yg mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin, kata Hadzril Rizal, Penyelaras SAMM Johor.


…Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yg langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.

Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang, kata Hadzril dipetik Malaysiakini.

Hadzril juga menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yg memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).

Che Ta, 41, yg bakal bersalin pada bila-bila masa, mengandung anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Mereka diijabkabul pada 11 Disember 2013.

 

0 Komentar untuk "Rozita Dan Isu Tajaan "
Back To Top