malaynews1. Powered by Blogger.

PERHH!!! Dua Hari, Lara Alana Kumpul Lebih 100,000 Pengikut Di Instagram



Kami pun tidak tahu kenapa perkara ini perlu menjadi perhatian anda semua nanum sebagai anak sulung kepada pasangan selebriti, angka ini bukan mengejutkn. Scha al-Yahya dan Awal Ashaari sendiri melahirkan rasa terkejut dengan sambutan peminat.

Hujung minggu lalu, telah berlangsung majlis aqiqah dan cukur jambul Lara Alana, anak pasangan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara.

Bercakap kepada media, Scha al-Yahya dan Awal Ashaari menganggap majlis aqiqah Lana Alana ini sebagai majlis kahwin semula kerana ianya dianjurkan seperti majlis perkahwinan siap dengan pelamin dan mereka turut mengenakn busana putih ala pengantin.

BACA: Scha al-Yahya Mengaku Awal Ashaari Lebih Pandai Urus & Jaga Anak

“Apa-apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami membuat persiapan majlis ini sejak tiga hingga empat minggu lalu. Tambah pula kami memilih tarikh hari ini bagi mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan Awal Muharram 1436,” katanya.

Dalam pada itu juga, mengulas tentang akaun Instagram anaknya yg berjaya mengumpul ribuan pengikut walaupun baru sahaja dilancarkan Jumaat lalu, Scha al-Yahya sendiri tidak menyangka ianya mendapat ikutan ramai.

“Apabila akaun itu dibuka secara umum, tidak sangka pula ramai yg menjadi pengikut Lara dan dalam sehari lebih 60,000 pengikut. Yang menariknya, pengikut Lara kebanyakannya menghormati akaun itu di mana tiada komen berunsur menjual produk,” tambahnya. (rtky/m)
0 Komentar untuk "PERHH!!! Dua Hari, Lara Alana Kumpul Lebih 100,000 Pengikut Di Instagram"
Back To Top