malaynews1. Powered by Blogger.

OH ARTIS!!! Imej Terbaru Nabila Huda Semakin MELETOP!


Puteri Sulung Legenda Rock tanahair, Amy Search, Nabila Huda sedikit pun tidak terkesan berada di bawah bayang bapanya. Malah, bintangnya bersinar terang di persada pentas lakonan kerana bakat seninya yg semulajadi.

Nabila berada dalam kelas tersendiri, setiap kritikan membentuknya menjadi pelakon yg lebih baik dari hari ke hari.

Penggambaran muka depan bersama Nabila Huda, 30, berlangsung lewat petang.

Kami terpaksa akur dengan jadual lakonannya yg terlalu padat, namun amat berterima kasih kepada Nabila kerana sanggup pulang berkejaran dari Seremban ke Kuala Lumpur hanya untuk GLAM.

Malah, ibu kepada Keisha, 4, sampai ke muka pintu studio dalam keadaan masih menyarung baju kurung kapas yg dipakainya terus dari set penggambaran.



Sudah 13 tahun Nabila berkecimpung dalam arena seni lakon. Nyata usahanya tidak sia-sia apabila Nabila Huda kini dikenali sebagai antara segelintir pelakon pelapis muda paling profilik di kaca televisyen hari ini.

Walau kini ada kebanjiran aktres muda yg lebih menjual rupa dari bakat, Nabila jelas muncul dalam kelas tersendiri.

Lakonannya sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raganya disalurkan kepada watak yg diberi. Walau banyak kontroversi mencengkam, kehebatan Nabila sebagai pelakon tidak pernah disangsikan.

Sambil disolek, Nabila bercerita mengenai drama-drama yg pernah dilakonkannya. Nampaknya rezeki Nabila seakan tidak putus berdasarkan tawaran demi tawaran yg masuk seperti bertali arus

 

0 Komentar untuk "OH ARTIS!!! Imej Terbaru Nabila Huda Semakin MELETOP!"
Back To Top