malaynews1. Powered by Blogger.

OH ARTIS!!! Aksi Terlampau Jasmin Hamid Di Pementasan Teater Badai Semalam




Suhu “Badai Semalam”, naskhah teater arahan Khairunazwan Rodzy yg kini giat dipentaskan di Istana Budaya cukup panas.

Tiket bagi menyaksikan pementasan yg dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida itu cukup laris dijual bak goreng pisang panas.

Lebih hangat apabila tiket beberapa malam pementasan telah pun habis dijual. Hebat sungguh!



Darjah suhu kepanasan teater itu melonjak, salah-satunya adalah disebabkan pelakon idaman Malaysia sekarang iaitu Aaron Aziz turut beraksi dalam pementasan itu.

Malah, Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan ghairah yg melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora).







Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan.

Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yg pada waktu yg sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Apapun tahniah diucapkan pelakon yg berlakon diteater Suhu "Badai Semalam" kerana lakonan yg dilakonkan amat realistik didalam lakonan masing masing.

 

0 Komentar untuk "OH ARTIS!!! Aksi Terlampau Jasmin Hamid Di Pementasan Teater Badai Semalam"
Back To Top