Lebih-lebih lagi jika penggodam merupakan seorang ‘cracker’ iaitu seorang penggodam yg sememangnya diupah untuk melakukan kegiatan ini.
Terdapat pelbagai jenis godam yg digunakan oleh penggodam radikal seperti Phishing, Brute Forcing, Keylogging atau Trojans Horse.
Namun dalam kes godam yg berlaku baru-baru ini, mereka mungkin menggunakan virus yg dikenali Backdoor.Padpin, sejenis virus Trojan Horse yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas.
Melalui video yg kami kongsikan ini, penggodam tersebut menggunakan kad ATM yg telah diprogramkan dahulu dengan virus Backdoor.Padpin (Trojan Horse) dan seterusnya menggunakan perkhidmatan mesin ATM seperti biasa.
Penggodam terbabit mengeluarkan wang terlebih dahulu dan ia hanyalah helah bagi mendapatkan ‘akses’ untuk langkah yang seterusnya.
Semestinya kelemahan utama yg terdapat pada mesin ATM ialah sistem operasinya yg menggunakan Windows XP.
Umum mengentahui, kebanyakkan komputer pada masa kini tidak lagi menggunakan lagi sistem operasi ini kerana terdapat pelbagai kelemahan dengan sistem keselamatanya sehinggakan syarikat Microsoft sendiri mengumumkan tiada lagi proses pembaharuan kepada sistem operasi XP ini.
Berbalik kepada video, selepas penggodam selesai sesi mengeluarkan wang, selang beberapa saat muncul di skrin ATM tersebut seakan pilihan yang tidak terdapat pada pengguna biasa.
Backdoor.Padpin adalah sejenis virus Trojan yang membolehkan pengimbasan keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data di dalamnya.
Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan fungsi pad kekunci dan skrin sesentuh ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.
Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM.
Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula.
Penggodam kemudian memberi arahan menerusi skrin yang terdapat pada mesin ATM tersebut untuk mengubah segala data atau menetapkan pengeluaran wang dan secara tidak langsung dapat menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan.
Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang.
0 Komentar untuk "MENARIK Video Cara-cara Hackers Godam Mesin ATM"