SEJAK bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos lalu, secara tidak langsung aktres cantik, Eina Azman turut mendapat tempias kepada gelaran tersebut.
Mendapat pangkat Datin Paduka pada usia 19 tahun, Eina mengakui tidak kisah dipanggil dengan gelaran terbabit atau sekadar namanya saja.
Bagaimanapun, sebaik memperoleh gelaran itu, Eina merasa terkilan kerana peluang untuknya kembali aktif berlakon bagaikan tertutup.
Ini kerana, kata Eina, ada sesetengah pihak produksi yg takut untuk mengambilnya berlakon lantaran gelaran yg dipegangnya itu.
"Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yg sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yg berubah," tegasnya ketika dihubungi Zass, semalam.
Eina yang kini popular menerusi drama bersiri Selamat Pengantin Madu memberitahu, dia kini akan lebih memilih watak demi menjaga hati suaminya.
Dalam perkembangan lain, Eina juga bakal muncul dalam drama bersiri RTM, Kondominium dan Cinta Yang Tertinggal.
Sementara itu, Eina yg baru saja pulang dari berbulan madu di Kepulauan Maldives, menjelaskan dia kini semakin bahagia dalam melayari rumah tangganya.
"Hidup saya bukan lagi seperti waktu bujang dahulu. Kini, celik saja mata sudah fikirkan untuk suami seperti menyediakan pakaian dan makanan untuknya selain perlu meminta izin untuk keluar dari rumah.
"Saya akui saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yg baik. Saya juga sempat memasak untuknya, Ketam Masak Lemak Cili Api, dan dia sangat menyukainya," katanya sambil memberitahu yg dia kini berada di Kota Kinabalu kerana menemani suaminya menghadiri mesyuarat penting.
agaimanapun, kami terkejut juga apabila akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa Eina kini dipulau oleh pihak produksi dek kerana title ‘Datin Paduka’. Pulak dah!
Foto bulan madu Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
“Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah.”Eina juga mengatakan bahawa dia agak terkilan dengan situasi ini yang sekaligus membuatkan rezekinya dalam bidang lakonan seakan-akan tertutup.
Kami rasa Eina sebenarnya bukanlah dipulaukan, tetapi mungkin pihak produksi takut untuk offer job kepadanya dek kerana gelarannya kini. Takut Eina demand lah tu!
Bagai pinang dibelah dua kan?
Dalam laporan yang sama, Eina juga memberitahu bahawa tidak kisah dipanggil dengan gelaran terbabit atau sekadar namanya saja.Ha.. mungkin ada antara semua yang merasakan bahawa dia tak perlu berlakon pun dah cukup kaya kan? Hehe. Takpelah. Nak rasa hasil titik peluh sendiri kot!
0 Komentar untuk "GOSIP rambut datin paduka eina di kutuk"