malaynews1. Powered by Blogger.

MASHAALLAH!!! Sentuh anjing: 'Gambar tersebar sebulan lalu'



JOHOR BAHRU - “Benar gambar kanak-kanak berpakaian seragam sekolah agama adalah murid dari kampung ini, namun isu gambar berkenaan tersebar lebih sebulan lalu,” itu pengakuan seorang penduduk Kampung Bakar Batu, di sini.

Beliau yg hanya ingin dikenali sebagai Mak Long, 50an mengakui gambar itu kembali hangat diperkatakan sehingga menjadi viral di media sosial selepas program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' baru-baru ini dikritik hebat.

Mak Long yg berniaga berhampiran sekolah agama tempat kanak-kanak yg terdapat dalam gambar menyentuh seekor anjing bersama seorang wanita itu berkata, dia juga antara yg terawal mengetahui kejadian terbabit.

“Salah seorang ibu kanak-kanak dalam gambar berkenaan datang berjumpa guru berhampiran kedai saya dan memaklumkan perkara sebenar.

“Saya juga difahamkan pihak sekolah juga telah mengambil  tindakan berhubung isu berkenaan termasuk menerangkan tentang hukum menyentuh anjing kepada semua murid untuk mengelakkan perkara sama berulang.

“Melalui cerita ibu kanak-kanak terbabit, murid di dalam gambar itu baru pulang dari sekolah sebelum ternampak seekor anjing bersama tuannya. Difahamkan pemilik haiwan itu mempelawa mereka menyentuhnya dengan alasan anjing itu jinak,” katanya ketika ditemui Sinar
Harian di sini, semalam.

Wanita itu mengakui dalam hal ini tidak boleh salahkan sesiapa dan menuding jari sama ada terhadap kanak-kanak mahupun pemilik haiwan berkenaan

“Mungkin jika orang yg tidak mengetahui cerita sebenar akan menyangka kanak-kanak terbabit terpengaruh untuk menyentuh anjing selepas program berkenaan ('Saya Mahu Sentuh Anjing').

“Namun sebenarnya kejadian itu sudah lebih sebulan berlalu ketika pemilik haiwan terbabit singgah ke kediaman saudaranya di kampung ini.

“Saya berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan, lebih-lebih lagi gambar berkenaan memaparkan kanak-kanak itu berpakaian seragam sekolah agama. Umum mengetahui sekolah agama Johor amat berjasa untuk menuntut ilmu berkaitan Islam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru telah memanggil dan memberi penerangan menyeluruh kepada murid sekolah yg didapati memegang anjing dalam satu kejadian di Kampung Bakar Batu, dekat sini bulan lalu.

Pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, Fauzi Arshad berkata, penerangan turut diberikan kepada seluruh murid sekolah agama dan sekolah kebangsaan di kampung berkenaan agar mereka lebih jelas mengenai jenis-jenis najis.

“Kita telah buat penerangan agar mereka faham tentang jenis-jenis najis dan batas-batas sebagai umat Islam.

“Penerangan bukan sahaja kepada murid-murid berkenaan tetapi kepada seluruh murid di sekolah agama dan sekolah kebangsaan di kampung itu kerana kita tidak mahu perkara sama berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu katanya, siasatan lanjut dan tindakan seterusnya ke atas wanita yg terbabit dalam kejadian itu diserahkan kepada ketua jabatannya kerana kejadian berlaku di luar waktu dan kawasan sekolah.
0 Komentar untuk "MASHAALLAH!!! Sentuh anjing: 'Gambar tersebar sebulan lalu'"
Back To Top