Pengajuran program "I Want To Touch A Dog" pada 19 Oktober baru-baru ini di Central Park, One Utama telah mendapat tentangan hebat orang ramai.
Syed Azmi Alhabshi, penganjur program tersebut berkata, satu klip video yg menunjukkan cara buruk rakyat Malaysia melayan seorang lelaki buta dan anjing yg mendampingi lelaki tersebut menjadi pendorong kepada penganjuran program kontroversi itu. Menurut Syed Azmi, dia mendapat sikap kurang ajar terhadap lelaki buta itu berpunca kerana anjingnya.
Dalam video itu, mereka menghalau anjing dan lelaki buta dan itu yg membuatkan saya sedih kerana kita juga mempunyai projek bersama orang buta, dan dia dilayan sebegitu rupa hanya kerana dia berbeza, itu menyedihkan saya."
“Saya tanya diri saya, apakah saya akan bertindak berbeza, apakah saya akan menyelamatkan lelaki buta itu? Saya tidak tahu kerana saya takutkan anjing,” katanya ketika menjawab soalan hadirin dalam forum yang bertajuk “Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim: Di mana titik tengah?” yg dianjurkan oleh Pemuda UMNO di Petaling Jaya pada 30 Oktober 2014.
Syed Azmi juga memberitahu Umat Islam di Negara ini kebanyakkan tidak arif tentang anjing dek kerana takut dengan haiwan tersebut. Setelah dia menonton video lelaki buta tersebut, dia merumuskan ramai dalam kalangan umat Islam jahil dan tidak tahu tentang anjing dan ini mendorongnya untuk menganjurkan program tersebut.
Dalam forum tersebut juga Syed Azmi memohon maaf atas kekecohan yang berlaku dan menyatakan dia tidak sangka orang ramai yg hadir terlalu teruja sehingga memeluk dan mendukung anjing
0 Komentar untuk "LAGI!!! Pengajur Dedah Sebab Sebenar Program "I Want To Touch A Dog" Dianjurkan"