malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP!!! Zul Ariffin Mengaku Dia Ke Kelab Malam, Gadis Itu Hanyalah Peminat


Awal bulan ini, timbul khabar angin mengatakan pelakon yg semakin popular menerusi drama Rindu Awak 200% ini berhibur sehingga mabuk selain sekeping gambar beliau bersama seorang gadis seksi berpelukan tersebar di internet.


Membuka mulut akhirnya kepada mStar Online hari ini, Zul Ariffin mengakui yg beliau ada hadir ke sebuah kelab hiburan untuk menikmati persembahan live band sebelum beliau disapa oleh seorang peminat wanita yg mahu bergambar.


Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat, jelas Zul Ariffin.



Pelakon ini turut menambah yg beliau tidak menyalahkan wanita itu selepas gambar tersebut mula tersebar namun kesal dengan ada pihak yg cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut dan akan lebih berhati hati selepas ini.


Serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini, tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Zul Ariffin telah terpilih sebagai salah seorang pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) disamping Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.
0 Komentar untuk "GOSIP!!! Zul Ariffin Mengaku Dia Ke Kelab Malam, Gadis Itu Hanyalah Peminat"
Back To Top