malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP!!! Tauke Jambu Sengaja Maki Pengikut Instagram Kurang Ajar Dengan Kata-Kata Kesat



Kali ini sokong Tauke Jambu. Di Instagram ada 2 perkara yang  tak suka. Perkara pertama komen menjual barang yg tiada kaitan dengan gambar yg dikongsikan. Yang kedua komen yg mengutuk tetapi si pengutuk gambar pun tak ada dan memang jelas buat akaun Instagram untuk membangkitkan kemarahan orang lain. Kalau betul ‘gentleman’ dan mahu menegur dengan ikhlas, apa salahnya gunakan gambar yg menunjukkan wajah anda? Tak gitu?




Komen tak masuk akal yg diterima oleh Tauke Jambu bermula selepas pelawak ini berkongsi gambar dirinya dengan gadis yg menjadi ‘bunga’ di dalam Super Spontan. Fuh~~ Kalau  jadi Tauke pun memang panas hati. Terbakar kot jiwa raga bila orang tuduh kita bukan-bukan. Memang logiklah boleh terkeluar juga makian dengan kata-kata kesat daripada Tauke Jambu.



Berkata kepada Mstar Online, Tauke Jambu tidak menyesal dengan tindakannya ini dan berharap agar perkara yg sama tidak berulang kepada artis lain. Kata Tauke:-


Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu. Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yg lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis.

Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yg sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu. Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yg sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain



Diharap si pemberi komen misteri ini insaflah dan tak lagi melakukan perbuatan bodoh ini. Nak popular pun banyak lagi cara lain. Kalau sekali dua kena cop ‘kaki perempuan’ tak apalah lagi, kalau dah 15,16 kali, memang terbakar gak jiwa. Tak gitu? Diharap Tauke bersabar. Lepas ini kalau boleh jangan maki dengan kata-kata kesat lagi. Apa kata Tauke buat sindiran yg pedas buat orang yg macam ini. Pasti lebih menarik.
0 Komentar untuk "GOSIP!!! Tauke Jambu Sengaja Maki Pengikut Instagram Kurang Ajar Dengan Kata-Kata Kesat"
Back To Top