malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP!!! Rita Rudaini: Lawan Saja Di Mahkamah Tak Payah Tunjuk Bukti Di Instagram..







Kemelut dan persengketaan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan semakin berlarutan kebelakangan ini. Jika dulu Rita yg banyak menceritakan tentang kemelut mereka di laman sosial dan beberapa hari lepas Zafuan pula menggunakan laman sosial Instagram untuk berkongsi ceritanya mengenai Rita.



Aidil turut memuat naik foto transaksi wang berjumlah RM2,000 yang diberikan kepada Rita untuk nafkah anak mereka. Aidil turut memuat naik keratan akhbar baru-baru ini bertajuk 'Rita Mengaku Tak Pernah Tuntut Cerai'. Selain itu Aidil turut memaut naik mesej-esej yg diberikannya kepada Rita namun tidak berbalas yg membuktikan dia sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya hasil perkongisan hidup mereka dahulu yg dijaga Rita . 



Kemelut ini bertambah kecoh apabila Rita menerima ugutan bunuh menerusi komen pengikut Aidil di laman Instagramnya. Rita bagaimanapun sudah membuat laporan polis tiga hari lalu. 

Bercakap kepada berita harian, Rita menyuruh Aidil lawan saja di mahkamah dan tidak perlu menampilkan bukti di laman sosial.



"Saya ambil benda ini begitu serius kerana ia membabitkan keselamatan saya dan anak. Tak sangka hanya kerana nak menuntut hak saya dan anak, sampai ada pula yg sanggup buat semua ini.



"Sedih jadinya apabila penat lelah saya seorang diri menjaga anak tidak dihargai langsung. Mana nak jaga anak, bekerja, naik turun mahkamah lagi.



"Saya pun bukan wanita yg bersosial. Saya bersih daripada cerita negatif. Saya cuba terbaik untuk jadi ibu dan bapa yg sempurna untuk anak. Saya melebihkan anak daripada segala-galanya," katanya.



Rita berkata, jika bekas suaminya itu tidak berpuas hati dan rasa diri tidak salah, tak perlulah beliau menggunakan laman sosial untuk bersuara.



"Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu fasal. Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.



"Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul tanpa salah. Hanya mahkamah yg akan menentukan segala-galanya. Selama ini saya tak pernah cakap dia tak pernah bagi nafkah. Cuma nafkah yg dia bagi selama ini tak mencukupi. Itu saja.



"Jika dia bapa yg baik kepada anak saya, tak perlu dia menafikan apa yg kami minta dan tuntut untuk anak. Jika dia anggap RM2,000 itu satu nilai yg besar dan dia sudah boleh lepas tanggung jawab, memang dia silap," katanya.



Berkenaan dakwaan Aidil yg Rita pernah menuntut cerai, sekali gus berbohong ketika memberikan kenyataan kepada wartawan, Rita mempersoalkan bukti yg Aidil ada.



"Ada ke bukti di mana-mana mahkamah yg saya ada permohonan cerai daripada. Mahkamah sebelum ini pun sudah buktikan yg terdahulu bahawa saya tak pernah nusyuz. Kalau permohonan cerai daripada dia adalah saya terima," katanya.







INILAH akaun laman sosial pengikut Aidil Zafuan yg mencadangkan beliau untuk membayar pembunuh upahan bagi membunuh Rita.




Rita juga memohon supaya orang yg tidak berkaitan dengan rumah tangga mereka usah masuk campur seperti mereka tahu setiap inci apa yg terjadi.



"Kalau mereka di luar sana nak terus mengeji, mengutuk, dan memfitnah silakan. Saya banyak benda lagi nak fikir. Hanya doa senjata saya untuk mereka. Saya sedar ada mereka yg seronok melihat dia benci saya, sampai nak laga-lagakan kami supaya tak boleh berbaik," katanya.







 
0 Komentar untuk "GOSIP!!! Rita Rudaini: Lawan Saja Di Mahkamah Tak Payah Tunjuk Bukti Di Instagram.."
Back To Top