malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA!!! Kena Rogol Kerana Hendak Buang Sial ( Padah Percaya Kat Bomoh )




Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita

berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika 

mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yg dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yg mendakwa 

mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan 

sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yg menyedari ditipu, membuat laporan 

di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa

sejak April lalu.

“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah 

mangsa lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yg berdendam 

dengannya.


“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu,

 mangsa menjadi takut,” katanya.

Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi 

menjalani rawatan.

“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu 

membuang sial dan sihir yg ada pada tubuhnya,” katanya.

Mangsa yg menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran 

kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala 

Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai

kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. 
0 Komentar untuk "BERITA!!! Kena Rogol Kerana Hendak Buang Sial ( Padah Percaya Kat Bomoh )"
Back To Top