malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS!!! Ziana Zain Mungkin Akan Tinggalkan Pentas Lakonan


Diharap peminat penyanyi bertaraf Diva ini dapat menerima kenyataan yang Ziana Zain kini tidak lagi akan berlakon. Baru-baru ini dikhabarkan kisah yg Ziana tidak lagi dibenarkan berlakon oleh suaminya, Armin Zaharin.

Kata pemberi sumber, Armin sendiri meminta isterinya itu terus melupakan dunia lakon selepas berhijab sejak beberapa bulan lalu.

Ini dibuktikan apabila Ziana baru-baru ini menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah teater muzikal, meskipun tawarannya begitu lumayan dan membabitkan artis popular lain. Masalahnya tawaran itu bukan calang-calang, menggabungkan ramai penyanyi terkenal termasuk akak pencetus fenomena dalam filem boxoffice Sembilu ini sendiri.

Sama ada tidak mahu berlakon teater sahaja, tidak pasti, tetapi jawapan yg didengar memang tidak mahu berlakon terus sebab suami tidak izinkan. Bayaran yg mahal sedikitpun tidak menggoyahkan pilihan Ziana apabila dia rela untuk tidak terlibat demi permintaan suami.

Ini mungkin satu permulaan yg baik dan semua kena hormat. Kalau Ziana lebih senang ikut kata suami, rasanya tidak perlu lagi persoal mengapa dan kenapa.

Kita doakan sahaja Ziana selesa dengan keputusannya itu. Barangkali suami Ziana sendiri mahu isterinya itu beri lebih tumpuan sahaja dalam bidang nyanyian. Kata orang fokus satu-satu sahaja supaya tidak bercelaru.

Dalam soal ini, tabik hormat buat Ziana yg sentiasa mendahulukan rumah tangganya dalam sibuk berkerjaya. Sehebat mana pun status seorang wanita, suami tetap menjadi orang pertama yg perlu dihormati dan ditaati. Semoga lebih banyak artis wanita yg mencontohi apa yg Ziana lakukan dalam soal mentaati suami sendiri terutamanya dalam usia yg semakin bertambah sepertinya.

Memang mahu tegur sangat perangai beberapa artis yg anggap tudung itu pelengkap kepada penampilan. Memang benar ada yang cakap tidak boleh drastik berubah, tetapi kena faham situasi antara artis dan orang biasa. Sebagai artis apa sahaja perbuatan akan memberi impak kepada masyarakat. Jangan cakap kosong, sebabnya sebagai artis tugasnya bukan sekadar menyanyi dan berlakon. Fahamkan istilah tanggungjawab itu secara keseluruhan jangan ambil mudah.

Kisah ini dikaitkan dengan cerita yang dikongsi seorang pembaca tentang sikap penyanyi Nas Adila yg katanya pakai tudung ikut mood. Hmmm... ada juga begitu ya. Katanya dia selalu berada di kawasan kedai penyanyi ini yg terletak di Batu Caves, dan sering terserempak dengan Nas tanpa tudung.

Apa yg menghairankan dia sebelum ini Nas ada memberitahu kepada media yg dia memang sudah bertudung, jadi dia tidak faham mengapa dengan selamba apabila berada di tempat awam tanpa tudung.

Kalau dalam premis kedainya sendiri tidak mengapa orang tidak pandang, tetapi sampai ke kedai minum pun tidak bertudung memang niat dia jelas sengaja. Kalau benar mahu berubah, si peminat ini minta Nas ambil soal ini serius sebabnya dia tidak mahu artis-artis lain terkesan dengan keadaan ini.

Mungkin Nas mengatakan dia masih dalam proses pembelajaran, tetapi jangan jadikan ini alasan untuk bersikap acuh tidak acuh. Jangan rosakkan imej wanita bertudung.

Seronok mendengar perkhabaran Datuk Yusof Haslam yg anaknya, Syamsul kini sudah bersemangat untuk mengarah semula setelah sekian lama berehat. Yusof juga tidak menolak mungkin perubahan status anaknya yang kini sudah menjadi suami telah membuka lembaran baharu buat hubungan mereka anak beranak. Malah khabarnya, ‘taiko’ filem Melayu itu akan menggabungkan dua anaknya untuk bikin sebuah filem berskala besar tidak lama lagi.


Memang Syamsul sudah banyak berubah, malah saya nampak dia begitu bersemangat untuk kembali bekerja. Saya memang seronok melihat perkembangan ini.

Memang sudah ada perancangan untuk menggabungkan Syafiq dan Syamsul dalam sebuah filem. Semuanya bergantung kepada mereka nanti. Harapnya boleh berjalan seperti yang dirancangkan, katanya.

Doakan agar kegembiraan keluarga ini akan berkekalan dan hubungan dingin antara Syamsul dan ayahnya okey.

 

0 Komentar untuk "ARTIS!!! Ziana Zain Mungkin Akan Tinggalkan Pentas Lakonan"
Back To Top