malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS!!! Zain Saidin Cukur Kepala Sebelum Jadi DADDY


Macho tak suami Che Ta kali ini, mana tidaknya jika beberapa minggu lepas rambut Zain menjadi isu di laman sosial. Kali ini pasal rambut juga, tapi ini lain daripada yg lain tu.

Rasanya sepanjang Zain bergelar anak seni, belum pernah kami tengok suami kepada Che Ta ni berkepala botak. Kalau menukar warna dan gaya memang rambut memang bukan perkara baru lagi.

Tapi, tak sangka sekeping foto yg dimuat naik oleh Che Ta di laman Instagramnya malam semalam membuatkan kami terkesima. Iyalah, daripada biasa tengok Zain elok berambut, tiba-tiba sahaja muncul dengan imej terbaru.

Kapsyen yg disertakan Che Ta iaitu ‘So good looking daddy to be’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat menganggap imej terbaru suaminya itu berkait rapat dengan kelahiran anak sulung mereka yg bakal melihat dunia tak lama lagi.

Dalam masa yg sama, tindakan Zain membotakkan kepalanya sekaligus menghapuskan kontroversi rambut blonde yg pernah diterimanya beberapa bulan lalu kerana menjalani penggambaran Oh, My English! So, bila rancangan OME! dah habis, maka hilanglah jua rambut perang Zain.

Walaupun Zain nampak garang dan agak berbeza, tapi ramai juga yg puji dengan mengatakan imej sebegini lebih sesuai dengan status bapa yg bakal digalasnya nanti. Nampak lebih maskulin gitu.



Huhu, mesti tak sabar Zain nak menimang anak sulung hasil perkahwinan beliau dengan Che Ta. Umum mengetahui yg Zain mempunyai dua anak tiri.
0 Komentar untuk "ARTIS!!! Zain Saidin Cukur Kepala Sebelum Jadi DADDY"
Back To Top