malaynews1. Powered by Blogger.

ANAK MUDA!!! Cikaro Gedik Bangga Serah Body


KUALA LUMPUR : Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yg membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.

Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan.

Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.

Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yg sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yg baru beberapa jam dikenali.

Berdasarkan tinjauan kami, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yg membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.

Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yg risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, kami melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.

 

0 Komentar untuk "ANAK MUDA!!! Cikaro Gedik Bangga Serah Body"
Back To Top