malaynews1. Powered by Blogger.

ALAMAK!!! Kesian Mariah Carey, Tak Cukup Kain Ketika Di Shang-Hai


SHANGHAI: Pasti sekali sukar untuk melupakan momen anda bersama diva tersohor, Mariah Carey apabila setiap satu perkara berkaitan dengan penyanyi ini seringkali meninggalkan kenangan manis mahupun pahit kepada anda mahupun tuan empunya badan sendiri.

Biarpun dilihat mencatatkan memori pahit diawal permulaan siri jelajah The Elusive Chanteuse Show di Jepun, Mariah dapat mencari semula momentumnya.

Ia jelas sekali dapat dilihat menerusi keyakinannya menyarungkan “potongan-potongan” kain yg menutup bahagian tertentu tubuhnya.

Pada malam Ahad lalu di Shanghai, Mariah tampil dalam gaun hitam kilat yg terbelah bukan hanya ke bahagian paha tetapi sampai ke pinggang.

Terkenal dengan gayanya yg suka menunjukkan asset yg dimilikinya, Mariah selesa beraksi diatas pentas dengan sebelah kaki terdedah sepenuhnya begitu juga dibahagian atas.

Boleh dikatakan jika tersilap langkah, The Elusive Chanteuse Show mungkin akan melakar sejarah tersendiri dan bakal diingati seperti apa yg terjadi pada Justin Timberlake dan Janet Jackson tidak lama dulu.

Selain daripada gaun hitam pendek assymetrikal tersebut, Mariah juga tampil dalam beberapa lagi persalinan lain yg digantinya mengikut segmen tetapi dia dikatakan mengekalkan solekan dan gaya dandanan rambut.

Selain daripada pakaian, gaya yg cukup menggiurkan Mariah tidak telepas untuk menggayakan penemannya sepanjang siri jelajahnya iaitu mikrofon bersalut emas yg melengkapkan status dan tarafnya sebagai seorang diva.

Penyanyi berusia 44 tahun itu dijadualkan akan meneruskan siri jelajah The Elusive Chanteuse Show di Asia dan bakal menghiburkan peminatnya di Malaysia pada esok, Rabu 22 Oktober di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

 

0 Komentar untuk "ALAMAK!!! Kesian Mariah Carey, Tak Cukup Kain Ketika Di Shang-Hai"
Back To Top