malaynews1. Powered by Blogger.

AKHIRNYA!!! Penganjur Program "I Want To Touch A Dog" Mohon Maaf



PETALING JAYA  - Syed Azmi Abhalshi, lelaki di sebalik pengajuran program yg mencetus kontroversi "I Want To Touch A Dog" telah memohon maaf kerana program itu telah mencetuskan kemarahan dari orang ramai.

Namun, aktivis sosial itu menegaskan bahawa program itu bertujuan untuk mendidik, dan bukan untuk mempromosikan liberalisme seperti yg didakwa oleh sesetengah pihak.

"Saya menganjurkan acara ini kerana Allah, bukan untuk menyimpangkan kepercayaan orang ramai, cuba untuk mengubah undang-undang Islam, mengolok-olokkan ulama atau menggalakkan pluralisme," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sri Selangor di sini, pada hari Sabtu.

Dari kenyataan rasminya, dia juga mengaku terdapat kelemahan pada program tersebut, dan meminta maaf atas kesulitan keranan program tersebut.

Selepas membaca kenyataan itu, Syed Azmi meninggalkan sidang akhbar itu dan tidak mengambil apa-apa soalan dari yg hadir.

Peguamnya Syahredzan Johan berkata, beliau terpaksa meninggalkan sidang tersebut untuk keselamatan dirinya atas sebab beberapa ancaman bunuh yg diterimanya.
0 Komentar untuk "AKHIRNYA!!! Penganjur Program "I Want To Touch A Dog" Mohon Maaf"
Back To Top