malaynews1. Powered by Blogger.

(VIDEO) GILER!! Sanggup Bayar RM31,800 Untuk Bebaskan Ikan Sturgeon !!





Seorang wanita dari China menggemparkan media sosial apabila membelanjakan hampir 60,000 yuan (RM31,800) supaya dia boleh membebaskan ikan sturgeon.


Ikan itu merupakan spesies ikan yg diancam kepupusan yg telah ditangkap oleh seorang nelayan, Bai Weijie. 


“Ikan itu juga sungguh kuat. Saya juga tidak pernah menangkap ikan sebesar itu,” kata Bai Weijie. 



Ikan berkenaan berukuran dua meter panjang dan ianya seberat 537 kilogram.


Kakitangan perikanan juga telah dimaklumkan mengenai penangkapan itu berkata, ia adalah ikan betina sturgeon jenis Huso Dauricius yg boleh hidup sehingga 38 tahun lamanya .





Sebaik sahaja mendengar mengenainya, wanita berkenaan yang berasal dari Dai Hongjuan, membeli ikan itu dari Bai dengan harga 60,000 yuan dan melepaskannya di sungai berhampiran. 



Saya tidak pernah melihat ikan sebesar itu. Saya melakukannya hanya untuk membantu menyeimbangkan ekologi dan melindungi hidupan liar. Saya tak minta sebarang ganjaran,” katanya. 



Huso Dauricus juga digelar sebagai ‘ panda gergasi dalam air ’ dan dikatakan ikan air tawar terbesar di dunia. 


            

 

0 Komentar untuk "(VIDEO) GILER!! Sanggup Bayar RM31,800 Untuk Bebaskan Ikan Sturgeon !!"
Back To Top