malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI Hanez Suraya Kecewa Dirinya Sering Di Jadikan Bahan

 24 jam lalu, Hanez Suraya telah memuat naik beberapa gambar beliau mengenakan busana perkahwinan rekaan Hatta Dolmat di laman Instagram.

Gara-gara gambar tersebut, bertebaran pula cerita kononnya beliau akan berkahwin tak lama lagi.

Gambar ala-ala pra perkahwinan itu menimbulkan andaian yg Hanez bakal berkahwin dengan Romie Razi Adilha.

Gambar berkenaan turut berserta keterangan yg cukup panjang lebar menidakkan apa yg bertebaran. BH Online menghubungi Hanez untuk merungkaikan apa yg terbuku di hatinya kala ini.


"Assalammualaikum.. Malam ni sy nak beritahu anda smua yg selama ni jd tanda tanya pd smua.. Xpernah dr mulut sy yg mengatakan sy nak bernikah atau kahwin dgn sesiapa!! Ada pihak2 yg cuba buat andaian sdiri utk naikkan rating blog masing2, sy harap anda kerja dgn lebih professional dgn ada bukti yg sahih.. Dan kpd yg dh tabur fitnah ada yg kata dh dpt kad, tarikh bagai tu semua fitnah belaka.. Selama ni benda yg baik sy akan share pd smua.. Jd jgn lah terlalu percayakan dr sumber2 yg x benar!! Dan jgn lah ringan mulut utk menabur fitnah.. Sy pon xreti nak berbahas lg.. Maafkan sy kalau slama ni menjadi persoalan pd smua.. Sy buat mcmni kerana sy hormat kerja sy.. Sbb ini adalah campaign utk HATTA DOLMAT WEDDING COUTURE.. Sekian terima kasih.. Assalammulaikum"

"Terlebih dulu saya nak minta maaf kepada semua selama ini atas persoalan yang terus menjadi tanya. Tak pernah terlintas dari mulut yang saya akan bernikah dengan jejaka pilihan hati tak lama lagi. Mustahil saya berbuat begitu kerana selama ini benda yang baik pasti saya kongsi.

"Dengan kontroversi yang melanda diri saya (termasuk dituduh sebagai perampas dan perosak kebahagiaan rumah tangga orang), saya mengambil pendekatan berdiam diri termasuk mengelak ditemubual kerana natijahnya jika bersuara sekalipun, saya pasti dihentam.

"Pendek kata, diam atau bersuara, saya tetap kena carut. Jadi apa pilihan yang saya ada. Lagi diam, lagi menjadi-jadi pula mulut orang di luar sana," katanya.

Tambah Hanez lagi, beliau kecewa dengan sesetengah penulis blog yang cuba mereka cerita tanpa usul periksa sekali gus membuka ruang kepada orang luar yang ringan mulut untuk terus menabur fitnah.

"Selama ini saya tak menjawab semua fitnah yang bertebaran kerana ingin melihat orang di luar saya yang gemar memfitnah tapi tiada sebarang bukti sahih. Termasuklah kisah saya nak kahwin. Saya agak kecewa dengan senario ini.

"Saya bukannya sempurna tapi apa salahnya jadi orang yg berfikir dan bercakap dari sudut positif. Jangan tahu nak hentam saja," katanya dalam nada kecewa.


Ditanya bilakah hari bahgianya itu, "Bila hari itu.... soal jodoh saya serah kepada Tuhan. Saya hanya berserah. Selebihnya no komen," pintasnya ringkas.

Sebelum ini Hanez pernah memberitahu masih sayang kepada Romie. Tapi dijolok dengan kesudahan cinta mereka, Hanez enggan membiarkan pisang terus berbuah dua kali.

"Saya no komen," katanya.

Pada pandangan BH Online Hanez tidak mahu sesuatu yg tidak pasti digembar-gembur kerana bimbang tak jadi. Ironinya, kalau melihat kepada gambar profil di aplikasi WhatsApp beliau menggunakan gambar bersama Romi.
0 Komentar untuk "TERKINI Hanez Suraya Kecewa Dirinya Sering Di Jadikan Bahan"
Back To Top