SEJAK berusia 9 tahun lagi, pelakon berbakat besar ini mula mencipta nama dalam industri seni tanah air. Penglibatannya menerusi filem Castello pada 2006 sedikit sebanyak membuka ruang buat dirinya terus serius meniti karier lakonan biarpun pada masa yg sama terlibat dalam bidang nyanyian.
Sehinggalah aktres yg dikenali sebagai Liyana Jasmay ini membuat keputusan melangkah ke alam rumah tangga bersama Mohd Fathuddin, 30 dan kini dikurniakan puteri sulung, Sofia Arissa yg banyak merubah dirinya.
Akui bidang lakonan bukan lagi keutamaan, Liyana yakin keputusan yg diambil itu berbaloi untuknya.
“Semua perubahan yang berlaku pada diri saya sekarang bergantung pada masa. Jika dahulu semuanya hanya berkaitan diri saya sahaja, tapi kini saya perlu ambil kira soal suami dan anak.
“Memang ada masa saya agak tertekan kerana perjalanan dan aktiviti hidup tidak sama seperti sebelum ini, tapi itulah di namakan pengorbanan seorang isteri dan ibu.
“Saya amat menyayangi kedua mereka jadi saya mahu buat yg terbaik walaupun ia bukanlah perkara yg mudah. Apa yang penting suami dan anak buat hidup saya benar-benar bahagia,” ujarnya sambil tersenyum.
'Tolak babak intim', Liyana Jasmay jaga batas lakonan
Bahagia di samping keluarga, plantun lagu ‘Cinta Bersatu’ ini mendedahkan dirinya terpaksa mengurangkan aktiviti lakonan memandangkan tawaran yang diterima tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Baginya, tanggungjawab memegang kedua status itu bukanlah mudah tambahan pula banyak hati yang perlu dijaga.
“Bukan senang mahu bergelar ibu, isteri dan pada masa yg sama sebagai pelakon. Banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan supaya tidak akan ada yang tersinggung.
“Lagi pun sebagai isteri saya tidak boleh lagi lakonkan babak-babak intim atau berpegangan kerana saya perlu jaga batas,” katanya.
Tambah Liyana, buat masa sekarang dirinya lebih selesa bekerja sendiri demi kepuasan dirinya.
“Sebab itu saya pilih buat semuanya sendiri sebab ia lebih mudah untuk saya mengawal semuanya. Kalau saya mahu berlakon, saya boleh buat skrip sendiri dan tetapkan pendirian tidak perlu berpegang-pegang jadi ia tidak akan menyusahkan diri saya sendiri.
“Kalau berlakon dengan orang lain, ada babak yg tidak sepatutnya dan itu mungkin akan rumitkan keadaan saya. Saya sayang suami dan keluarga jadi saya mahu buat kerja yang diberkati,” tegasnya.
Selesa jadi penerbit
Walaupun sudah mengurangkan aktiviti lakonan, itu tidak bermakna pelakon ‘Cik Paris Diva Kampung’ ini bakal meninggalkan dunia seninya malah lebih aktif menceburi bidang belakang tabir menerusi produksi miliknya, Mermaid Studios.
Berkongsi pengalaman itu, Liyana yg akui seronok bergelar penerbit dan bidang itu telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
“Saya sangat seronok menjalani bidang ini dan pada masa yg sama tidak perlu lagi berlakon. Lagi pun sudah lama saya berlakon jadi sudah tiba masanya saya menyumbang untuk industri seni.
“Banyak pengalaman yang saya dapat dan saya suka berurusan dengan orang-orang berseni.
“Saya sekarang selesa dan bidang penerbitan ini sudah menjadi sebahagian daripada saya,” katanya.
Selaku penerbit, Liyana juga masih tetap dengan pendiriannya untuk lebih memahami pelakon-pelakon yang sama status dengannya.
“Sebenarnya, cerita cinta tidak semestinya memerlukan babak berpegangan atau berpelukan.
“Kadang-kadang perkara ini juga bergantung pada pelakon itu sendiri kerana mereka ada pilihan sama ada mahu atau tidak lakukannya.
“Selain itu, pada saya pengarah juga perlu ada sifat tanggungjawab. Memang sebagai pelakon kita perlu akur tapi pengarah juga perlu ada sensitiviti terhadap perkara seperti ini,” ujarnya tegas.
Dalam perkembangan terbaharu, sebuah telefilem terbitan Mermaid Studio berjudul ‘Hatiku Di Krabi’ bakal ditayangkan di TV9 pada 29 September ini.
Jatuh cinta lagi
Selain sibuk dengan syarikat produksinya, Liyana kini mula berjinak-jinak dalam perniagaan fesyen.
Terbaharu, aktres ini menjalinkan kolaborasi perniagaan bersama sebuah jenama fesyen Muslimah, Bella Ammara dengan menghasilkan rekaan jubah Bella Liyana Collection01.
“Sebenarnya projek ini baru berjalan sejak dua minggu lalu. Semuanya terjadi secara kebetulan.
“Saya memang minat bidang fesyen dari dulu lagi tapi disebabkan tidak ada pengalaman, saya tidak berani menjalankannya seorang diri.
“Sehinggalah baru-baru ini pihak Bella Ammara sendiri pelawa saya untuk berkolaborasi dengan mereka, jadi saya anggap ini satu peluang untuk saya lebih mendalami bidang perniagaan ini,” tuturnya teruja.
Menariknya, koleksi jubah berkonsepkan classic and luxe ini mempunyai 10 warna kegemaran dan diberi nafas baru menggunakan gabungan tweed lace disempurnakan lagi dengan elemen beadswork Swarovski yang cukup minima tapi mewah.
0 Komentar untuk "SWEET Pengorbanan Liyana Jasmay"