Lana Nodin
Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yg dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.
Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yg dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yg menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.
"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.
"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yg serius, " katanya yg dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.
Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.
Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.
Foto Lana bersama seorang jejaka kacak yang menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya di Instagram.
Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yg mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.
Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.
"Dia merupakan jurulatih bagi angkatan tentera kerajaan sebuah negara dan dia risau sekiranya ia menjadi kecoh.
"Sebab itulah saya buang gambar tersebut. Tak adalah orang nak komen bukan-bukan," ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal tercapai.
Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel) sebelum melakukan aktiviti terjun udara yg sebenar.
0 Komentar untuk "GEMPAR Jangan Jadikan Isu Foto Lana Nodin Dengan Pemuda Bertatu"