malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI MH17~ Pemberontak Alihkan Beg Mayat Ke Lokasi Rahsia?

 Tak tahu apa tujuannnya kini mayat mangsa nahas MH17 yg telah dijumpai kumpulan pemberontak di Ukraine mula dialihkN ke satu okasi yg dirahsiakn.




MH17~ Pemberontak Alihkan Beg Mayat Ke Lokasi Rahsia?

Jurucakap bagi Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw memberitahu CNN bahawa kumpulan itu pergi ke lokasi kemalangan di bahagian terpencil di timur Ukraine pada Sabtu dan melihat petugas-petugas telah bersedia mengalihkn mayat-mayat yg tidak diketahui bilangannya.

Bociurkiw berkata adalah sukar untk mendapatkn maklumat yg boleh dipercayai kerana beberapa kumpulan pemisah pro-Rusia yg sebahagian daripada mereka bertopeng mengawal kawasan itu, katanya.



"Tetapi di situ tidak nampak seperti hanya seorng komander yg bertanggungjawab," katanya.

Tiga penyiasat nahas udara dari Ukraine menemani pemantau OSCE tetapi tidak mempunyai banyak masa untk melakukan kerja-kerja mereka, katanya.

"Mereka memerlukn masa yg lebih banyak dan akses yg lebih bebas," kata Bociurkiw.



Bociurkiw memberitahu Pusat Media Krisis Ukraine pada Sabtu bahawa OSCE telah melihat ramai petugas keselamatan dilengkapi senjata di lokasi kemalangan.

"Tujuan utama kami adalah untk mengumpul fakta-fakta untk dikongsikn dngan negara-negara yg turut serta dalm OSCE dan melaporkannya kepda media. Kami meninjau keselamatan perimeter lokasi kemalangan, keadaan dan status runtuhan, mayat-mayat dan barangan peribadi, "katanya.



Lebih banyak kuasa-kuasa dunia kesal dngan keadaan itu dan meminta Presiden Rusia Vladimir Putin untk menggunakn pengaruhnya ke atas puak pemisah.

"Semalam (Jumaat), pemantau (OSCE) hanya dibenarkn masuk selama 75 minit ke kawasan itu,"

"Hari ini, mereka dibenarkn kurang daripada tiga jam.

"Kawasan ini tidak dikawal dngan selamat, dan terdapat beberapa laporan mayat-mayat yg keluarkan, bahagian-bahagian kapal terbang dan serpihan lain diheret dari sini, dan bukti ia berpotensi diganggu. Ini tidak boleh diterima dan satu penghinaan kepda semua mereka yg kehilangan orng tersayang dan kepda maruah mangsa."



Perdana Menteri Britain, David Cameron menulis di Sunday Times menggesa Putin tidak kira dngan cara apa memudahkn akses ke lokasi nahas dan menenangkn persengketaan antara Ukraine dan puak pemisah.

Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte juga bersuara.



"Saya mahu melihat hasil dalm bentuk akses tanpa halangan dan pemulihan segera," kata Rutte pada taklimat akhbar.

Seorang wartawan yg berada disana, Volodymyr Solohub menerusi laman Twitternya melaporkn mayat mangsa telah diangkut menggunakn dan dibawa ke stesen kereta api di Torez tanpa sebarang kawalan untk dibawa ke satu lokasi rahsia yg tidak diketahui.

0 Komentar untuk "TERKINI MH17~ Pemberontak Alihkan Beg Mayat Ke Lokasi Rahsia?"
Back To Top