malaynews1. Powered by Blogger.

LAGI MH17~ A Fly Guy's Cabin Crew Lounge, Ruang Anak Kapal Beri Penghormatan

Satu laman facebook bernama " A Fly Guy's Cabin Crew Lounge" telah ditubuhkn khas buat seluruh petugas penerbangan di seluruh dunia memberi penghormatan dan penghargaan terhadap krew MH17.


A Fly Guy's Cabin Crew Lounge, Ruang Anak Kapal Beri Penghormatan

A Fly Guy's Cabin Crew Lounge memberi ruang kepda mereka semua untk membina rangkaian serta berkongsi kisah dan foto, kini menjadi saluran untk menyampaikn ucapan takziah dan simpati kepda anak kapal MH17 yg terkorban dalam nahas itu.



Satu catatan bertajuk "Letters of Love to Malaysia Airlines" memuat naik 151 foto sebagai "sebuah album yg mengandungi warkah cinta dan sokongan daripada warga syarikat penerbangan dari seluruh dunia".



"Sejak beberapa hari lepas, pesawat penumpang dari seluruh dunia berlepas ke udara dngan hati yg amat berat. Sesuatu bencana udara tidak hanya menejejaskn syarikat penerbangan terbabit, tetapi juga menjejaskn semangat kami semua. Kami disatukan oleh penerbangan dan petugas syarikat penerbangan dari seluruh dunia berharap saudara kami di Malaysia Airlines tahu bahawa kami berdiri teguh di belakang mereka," kata penulis catatan itu.

Dibawah merupakn antara catatan dan penghormatan dari seluruh dunia

~ Anak kapal Air France: "Semoga anda semua dibawa terbang dngan sayap malaikat."

~ Anak kapal Egypt Air: "Bersemadilah dngan tenang, Petugas Penerbangan Tidak Mati, Mereka Hanya Terbang Lebih Tinggi."

~ Anak kapal Brussels Airlines: "MH17, doa kami mengiringi anda."
Ini pula catatan seorng anak kapal Tame Airlines: "Anda sekali-kali tidak akn dilupakn, MH17. Selama-lamanya di hati kami."

~ Anak kapal American Airlines: "100,000 warga American Airlines mengingati penumpang dan anak kapal MH17. Bersemadilah dengan tenang."

~ Ineke Muller, Belanda: "Ya Tuhan, saya kena terbang ke KL esok, tapi saya sungguh sedih. Saya semacam tidak boleh percaya perkara ini berlaku ...saya tinggal di Amsterdam...sungguh sedih sekali!"

~ Robert Leong, Malaysia: "Malah, saya baru sahaja menggunakan penerbangan HK-KL-HK (Hong Kong-Kuala Lumpur-Hong Kong) dua hari lepas dan akan berbuat begitu sekali lagi, dengan MAS, pada 5 Ogos ... Tabahkanlah hati, selalulah berlapang dada dan terus mara ke hadapan MAS. Saya akan sentiasa menyokong anda...".

~ Chris Wi, Jerman Lufthansa: "Satu tragedi yang amat dahsyat hingga hampir sukar menemui perkataan yang boleh menggambarkan dengan tepat betapa pilunya hati kami di Lufthansa.

"Sepanjang hampir 10 tahun lepas, saya sering terbang dari BKK (Bangkok) ke FRA (Frankfurt) dan selalunya, saya berbuat begitu dengan MAS - Satu pelukan semangat untuk semua saudaraku di dunia penerbangan di MH,"

~ Thu Thuy Pham: "We pray for you Malaysia Airlines . From Vietjet Air with hearts"

~ Shauna Dickinson: "On behalf of Southwest Airlines Cabin Crew, I dedicate the following poem... We will carry MH17 in our hearts -- always!"

~ Donnave Abt: "From the heart of Delta Airlines to the heart of Malaysian Air, we cry with you."

~ Flavia Ortega: "Our thoughts to our collegues RIP MH17  from Aerolineas Argentinas"





Sehingga artikel ini ditulis, laman fanpage tersebut telah menerima 173,882 like dari serata dunia.

0 Komentar untuk "LAGI MH17~ A Fly Guy's Cabin Crew Lounge, Ruang Anak Kapal Beri Penghormatan"
Back To Top