malaynews1. Powered by Blogger.

KANTOI Nur Misuari Dalang Kes Penculikan Di Sabah

Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari terlibat dngan menggunakn kumpulan sendiri serta beberapa kumpulan lain dalm melakukn pencerobohan dan penculikan di Sabah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Nur Misuari Dalang Kes Penculikan Di Sabah

Beliau berkata kegiatan itu dilakukan dngan tujuan mengumpul dana bagi membentuk semula tentera upahan Nur Misuari selain bagi mengembalikn semula pengaruhnya di selatan Filipina.

Katanya umum mengetahui bahawa Nur Misuari tidak mendapat sokongan dan tidak dibabitkn dalam Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yg ditandatangani kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi membuka jalan ke arah penyelesaian politik di Mindanao pada Mac lepas.

"Kita tidak mempunyai apa-apa hubungan secara langsung dngan Nur Misuari, tapi kita yakin beliau mempunyai matlamat lebih besar.

"Beliau bersekongkol dngan individu yg disebut berada dalm Kesultanan Sulu yg berhasrat untk mengambil alih Sabah," katanya pada pada sidang media di majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Masjid Al-Mujahiddin.

Beliau mengulas insiden serang hendap di Pulau Mabul, Sabah pada Sabtu lepas yg menyaksikn seorng anggota polis terbunuh dan seorng lagi diculik.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkn bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa pembabitan Nur Misuari dalm insiden itu setelah tidak berpuas hati kerana dipinggirkn daripada proses rundingan damai dngan kerajaan Filipina sehingga membawa kepda pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

 

Abdul Rahim dilaporkn berkata kumpulan berkenaan kecewa kerana kerajaan Malaysia tidak lagi memberi sokongan kepda mereka malah sebaliknya mengambil pendirian menyebelahi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Ahmad Zahid berkata Nur Misuari dilihat amat yakin bahawa Sabah boleh diambil alih oleh individu yg mengaku daripada Kesultanan Sulu dan dia (Nur Misuari) mahu terlibat sama.

"Di sini, saya ingin beritahu bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Kita tidak akn benarkn walau satu inci pun tanah Sabah diceroboh oleh mana-mana penduduk luar," katanya.

Beliau berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), yg mulai hari ini dipegang oleh pasukn polis, akn memastikn sebarang tindakan dibuat berdasarkn prosedur operasi standard yg ditetapkn.

Ketika meminta masyarakat tempatan memberi sokongan penuh kepda ESSCom bagi memastikn keseluruhan kawasan itu selamat, Ahmad Zahid turut memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akn diambil terhadap individu yg memberi maklumat mengenai kawasan berkenaan kepda pihak luar.

Menurutnya beliau sedar ada penduduk setempat sama ada pemastautin tetap, sementara, atau yg berada dalm negara secara haram yg memberi maklumat kepda kumpulan penceroboh luar.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia menjalin kerjasama yg baik dngan kerajaan Filipina termasuk menerusi pasukan polis dan pelbagai agensi keselamatan lain dalm mengumpul maklumat serta penguatkuasaan.

0 Komentar untuk "KANTOI Nur Misuari Dalang Kes Penculikan Di Sabah"
Back To Top