malaynews1. Powered by Blogger.

DUNIA Tiga Roket Misteri Di Lancar Dari Lebanon Ke Israel

Kira-kira tiga serang roket dilancarkan dari selatan Lebanon ke wilayah Israel malam kelmarin sekali gus menjadikn ia serangan kedua dilancarkn dari negara Mediterraean itu sejak tentera Israel menyerang Palestin di Genting Gaza.


Tiga Roket Misteri Di Lancar Dari Lebanon Ke Israel

Roket itu mendarat di Nahariya iaitu sebuah kawasan penduduk di tepi pantai iaitu 10 kilometer dari sempadan Lebanon.

Pihak berkuasa Lebanon dan kumpulan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggeledah kawasan tersebut namun masih tidak menemui kawasan pelancaran dan nama kumpulan militan yg bertanggungjawab melakukn serangan berkenaan.



Israel bagaimanapun bertindak-balas dngan menembak meriam ke dalam kawasan yg disyaki menjadi lokasi pelancaran di Zebqin dan Qulayleh.

Akhbar Lubnan Daily Star berkata, terdapat dua kem-kem pelarian Palestin di wilayah tersebut yg dipercayai menjadi lokasi tapak pelancaran roket berkenaan. Namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkn. - Agensi

 
0 Komentar untuk "DUNIA Tiga Roket Misteri Di Lancar Dari Lebanon Ke Israel"
Back To Top