malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Mohd Hassan (Imam Muda) Tidak Terlibat Rendahkan Wartawan Isu MH17



Imam Muda Hassan mohon maaf atas status menyinggung perasaan wartawan yg membuat liputan tragedi MH17.

Status kontroversi Facebook milik juara Imam Muda musim kedua iaitu Mohd Hassan Adli Yahya yg mempersoalkn tugas wartawan berhubung insiden MH17 bukan ditulis olehnya.

Mohd Hassan berkata, status berkenaan ditulis oleh individu yg menjaga page peminat (fan page) Facebook berkenaan tanpa pengetahuannya.

“Status tersebut dimuat naik oleh pihak pengurusan saya yg tidak terlibat dalam industri media sehingga menimbulkn rasa kurang senang di kalangan pihak wartawan khususnya mereka yg terlibat membuat liputan nahas itu.

"Saya ambil kesempatan untk mohon ribuan kemaafan kepda semua wartawan terhadap status yg dimuat naik melalui laman sosial Facebook saya,” katanya dalm satu mesej yg dikirimkn kepda mStar Online.



Permohonan maaf yg dibuat Hassan menerusi laman Facebooknya.


Mohd Hassan pada Jumaat lalu memimbulkan kemarahan pengamal media di negara ini apabila terdapat status merendah-rendahkan tugas wartawan yg membuat liputan mengenai tragedi pesawat MH17.

Dalam status berkenaan Mohd Hassan dikatakn mempersoalakan soalan-soalan wartawan yg dianggap tidak berfaedah kepda keluarga mangsa MH17.

Status itu menimbulkn rasa kecewa pengamal media yg terpaksa bekerja untk memberi liputan terbaik agar orng ramai mendapat gambaran sebenar termasuklah luahan hati keluaga mangsa.

Bagaimanapun status kontroversi itu telah dipadamkn dan digantikn dngan permohonan maaf.


Status di laman Facebook milik Mohd Hassan mempersoalakan soalan-soalan wartawan terhadap keluarga mangsa MH17 menjadi kontroversi.

Dalam pada itu Mohd Hassan berkata dia tidak menyedari status berkenaan menjadi isu sehinggalah perkara tersebut dimaklumkn oleh salah seorng peserta Imam Muda yg lain.

"Selepas saya perasan tentang status itu saya terus meminta pihak yg bertanggungjawab terhadap Facebook saya agar padamkn status yg dia buat itu supaya tidak mengeruhkn lagi keadaan.

"Sepanjang Ramadan ini saya agak sibuk, jadi saya jarang muat naik atau lihat status di Facebook. Tidak sangka perkara sebegini berlaku," katanya.

Sehubungan itu Mohd Hassan berharap perkara tersebut tidak merenggangkn hubungan baiknya dngan pihak media yg terjalin selama ini.

 

0 Komentar untuk "BERITA Mohd Hassan (Imam Muda) Tidak Terlibat Rendahkan Wartawan Isu MH17"
Back To Top