Pasukan pemantau antarabangsa yg pertama tiba di lokasi MH 17 terhempas kini berdepan kesukaran memulakn tugas menyiasat apabila di halang dan di larang pemisah pro Rusia.
Pasukan dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE, terdiri daripada 30 anggota itu hanya dibenarkn melakukan pemeriksaan awal.
Namun sebelum melaksanakn tugas-tugas khusus mereka, pasukan pemisah bertindak menghalau pasukan itu.
Pemisah mendakwa pasukan OSCE berada di Republik Rakyat Donetsk dan mereka dikehendaki melakukan tugasan berdasarkn kebenaran kerajaan.
Timbalan ketua misi, Alexander Hug memaklumkan, pasukannya tiba di lokasi untk memastikn perimeter nahas dikawal.
Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO dalm kenyataan sebelum ini turut memaklumkn akn menghantar pasukan ke Ukraine, untk membantu siasatan nahas.
Sementara itu nasib kotak hitam pesawat sehingga kini masih menjadi tanda tanya dngan kedua-dua belah pihak, kerajaan Ukraine dan pemberontak mengaku memilikinya.
Kumpulan pemberontak juga sedang bertelagah sesama sendiri sama ada untk membenarkn genjatan senjata dilaksanakn sementara pasukan penyiasat antarabangsa menjalankn tugas mereka dan mayat korban insidenitu dibawa keluar untk dikebumikn.
Pemimpin kumpulan pemisah itu sebelum ini berjanji tidak akn mengusik lokasi kejadian bagi membolehkn siasatan mengenai punca pesawat terhempas dijalankn.
Ini kerana katanya kumpulan itu tidak mempunyai sebarang perkara yg mahu dilindungi.
Dalam perkemangan lain, kerajaan Ukraine menyiarkn petikan sebuah video yg dikatakn memaparkn kenderaan peluru berpandu BUK dalm perjalanan keluar dari kawasan pemberontak menuju ke sempadan Rusia pada Jumaat.
Video yg tidak dapat dipastikan kesahihannya itu turut menunjukkn satu dari peluru berpandunya hilang.

0 Komentar untuk "BERITA MH17~ Pasukan Penyiasat Di Halang Pemberontak"