malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Ahmad Dhani Enggan Potong ANU!

 Menjelang pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia mengenai keputusan pemilihan presiden negara itu, Ahmad Dhani tampil menafikn dia pernah berjanji memotong kemaluannya jika Joko Widodo muncul sebagai pemenang.


Ahmad Dhani Enggan Potong ANU!

Pada Isnin, penyanyi dan pengasas kumpulan Dewa19 itu berkata, dia tidak pernah menulis mengenai perkara itu di twitter sebelum ini seperti digembar-gembur sesetengah pihak.

Malah, Ahmad Dhani mendakwa dia sendiri hairan bagaimana isu itu dihebohkn orng ramai.

“Tweet mengenai janji saya memotong kemaluan itu memang cerdas, tetapi bukan saya yg menulisnya,” katanya kepda media semalam.

Pada Jun lalu beredar berita mendakwa bos Republik Cinta Management itu berjanji untk memotong kemaluannya jika Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau Jokowi berjaya mengalahkn calon disokong Ahmad Dhani, Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia ketujuh.

Bagaimanapun tweet itu kemudian didapati dipadamkn selepas ia menarik perhatian ramai dan diulang siar pelbagai pihak.

Pemilihan presiden dilangsungkn pada 9 Julai lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia akn membuat pengumuman rasmi mengenai pemenang pada Selasa.

Beberapa akhbar dan agensi pemantau mendakwa Joko Widodo berjaya menewaskn Prabowo dngan majoriti kira-kira lima peratus.

Ahmad Dhani berkata, dia sudah membuat laporan kepda pihak berkuasa mengenai tindakan beberapa media dalm talian yg membuat pemberitaan tidak tepat mengenai dirinya.

0 Komentar untuk "BERITA Ahmad Dhani Enggan Potong ANU!"
Back To Top