malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Erra Fazira Beraya Dengan Aleesya Dan Terkejut Isu Rumah Tangga Awie



Pelakon Erra Fazira yg ditemui semasa majlis pelancaran filem Warna Cinta Impian di Hotel Le Meridien Hotel Kuala Lumpur telah memberitahu bahawa untk raya kali ini dia akn beraya bersama-sama dngan puteri kesayangannya, Aleesya.

“Alhamdulillah pada tahun ini giliran saya bersama Aleesha untk beraya bersama. Lagipun kampung saya tidaklah terlalu jauh hanya 45 minit sahaja dari KL,” ujarnya.

Tambahnya lagi, raya pada tahun ini disambut secara bersederhana sahaja dan tidak terlampau mewah. Dia turut memberitahu kepulangannya itu juga untk bersama-sama ibu tercinta di kampung halaman yg kini kurang sihat.

“Raya pada tahun ini sangat sederhana dan saya hanya menyediakn beberapa helai pakaian untk Aleesha dan beberapa lagi yg lain untk keluarga saya. Setakat ini anak saya sihat dan semakin membesar. Kepulangan ini juga untk menjenguk ibu saya yg kurang sihat,” katanya.

Sementara itu, Erra Fazira juga agak sedikit terkejut apabila timbulnya isu rumah tangga bekas kekasihnya, yg kini semakin hangat dilaporkn di media-media massa tempatan. Baginya Awie mempunyai caranya yg tersendiri untk mengendalikn dan menyelesaikn masalah yg dihadapinya kini.

“Mula-mula saya agak terkejut apabila rumah tangganya dilaporkn sedang bergolak. Saya tahu pun melalui akhbar-akhbar serta blog-blog yg melaporkannya. Tapi saya tahu Awie ada caranya yg tersendiri untk mengendalikn masalahnya itu, lagipun dia mempunyai banyak pengalaman dan saya sebagai sahabatnya mendoakn agar perkara ini dapat diselesaikn dngan segera dan berharap mereka berdua berbaik semual,” katanya.

Tiada Masalah Bergandingan Dengan Awie, Imbau Kenangan

Dalam pada itu, filem Warna Cinta Impian yg bakal menjalankn penggambaran di Rajasthan India, Brisbane dan di sekitar Kuala Lumpur akn membabitkn pelakon-pelakon dan nama-nama besar seperti Awie, Erra Fazira, Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Syiqin Kamal dan pelakon Singapura Erwin Shah Dawson.

Erra yg akn kembali bergandingan bersama dngan Awie di layar perak bakal mengubati kerinduan peminat-peminat di zaman kegemilangan mereka sekitar 90an. Dia yg mengambil sikap professional akn memberikan satu sentuhan yg berbeza dalam filem ‘Warna Cinta Impian’ dan baginya pengalaman yg lepas biarlah berlalu dan berharap tidak timbulnya gosip atau spekulasi mengenai penglibatannya kali ini.

“Saya rasa tiada masalah untk bergandingan bersama Awie kerana sebelum ini saya sudah berlakon teater bersamanya di Istana Budaya dan kami sama-sama profesional dalm kerjaya ini. Buat peminat-peminat kami sekiranya anda ingin mengimbau kembali saat-saat saya seperti dahulu tidak ada masalah sekiranya boleh membantu dari segi penjualan tiket tetapi janganlah timbulkn gosip pula,” ujarnya sambil berseloroh.


 

0 Komentar untuk "ARTIS Erra Fazira Beraya Dengan Aleesya Dan Terkejut Isu Rumah Tangga Awie"
Back To Top