malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Pasangan terlampau di hotel didenda



Gara-gara bergaduh dan memukul sesama sendiri berhampiran hotel di Jalan Sungai Besi di sini, sepasng bekas kekasih masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nur Aminatul Mardhiah Md Nor menjatuhkan hukumn itu terhadap Mohd Chairil Anuar Mahmud, 30 dan Rosnita Abdul Rahman, 36, apabila mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bergaduh di tempat awam menggunakan tangan sesama sendiri bertujuan mengganggu ketenteramn awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu jam 3.40 pagi pada 7 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yg memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.
0 Komentar untuk "BERITA Pasangan terlampau di hotel didenda"
Back To Top