malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Kerana Nak Popular Di FB, Wanita Racun Anak Sendiri




 Seorang wanita Australia dijatuhi hukuman enam tahun penjara semalam selepas didapati bersalah meracun anaknya dengan dadah yg mengaktifkan sel kanser.

Dia juga dikatakan memuat naik cerita mengenai ‘pertarungan hidup mati’ anaknya itu ke Facebook untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Ibu kejam berusia 23 tahun itu mengaku bersalah menyebabkan kecederaan pada tubuh anaknya.

Hakim Tony Rafter menyifatkan perkara itu ‘pencabulan amanah yg tidak boleh diterima.’ “Kamu pasti tahu kesan buruk yg akan menimpa anak kamu,” katanya.

Mahkamah Daerah Brisbane dimaklumkan mengenai perbuatan wanita itu yg sengaja meracun anak perempuannya dengan memberikan dadah yg dibeli menerusi Internet dan membuat satu laman sesawang untuk meminta bantuan pemindahan tulang sum-sum untuk anaknya.

Pendakwa raya Glen Cash memberitahu mahkamah wanita terbabit memberikan dadah itu kepada anaknya selama sembilan bulan untuk mempopularkan dirinya.

Dadah terbabit menyebabkan kanak-kanak yg tidak berpenyakit itu menderita apabila tulang sum-sumnya gagal berfungsi tahun lepas.

Menurut Cash, pakar perubatan mengesyaki kanak-kanak itu diracun dan keraguan mereka disahkan apabila polis menemui pil dan resit pembelian di kediaman wanita itu.

Peguamnya, Catherine Morgan berkata, wanita itu mengalami gangguan mental yg jarang ditemui, mendorong penghidapnya membesar-besarkan simptom yg dimiliki seseorang dalam jagaannya.

Mahkamah dimaklumkan, kanak-kanak yg nyaris maut itu kini dijaga datuk dan neneknya dan semakin pulih.
This post was made using the Auto Blogging Software from WebMagnates.org This line will not appear when posts are made after activating the software to full version.
0 Komentar untuk "BERITA Kerana Nak Popular Di FB, Wanita Racun Anak Sendiri"
Back To Top