
Umum tahu Pierre Andre kini telah berubah sedikit demi sedikit dengan
menyertai kumpulan jemaah tabligh. Di laman Instagram-nya juga dapat
dilihat foto-foto Pierre menghadiri sesi ceramah agama di beberapa
tempat. Menurut beberapa sumber media, Pierre telah pun menyertai
kumpulan jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Namun,
baru-baru ini bertempat di sebuah kompleks membeli-belah di Subang Jaya,
sekumpulan rakan wartawan telah terserempak dengan Pierre ketika dia
menaiki eskalator di bahagian bertentangan. Turut dilihat bersama Pierre
Andre pada ketika itu adalah seorang wanita jelita yang kelihatan
seperti kekasihnya.
Ketika terserempak, wajah Pierre terus
berubah, namun pengarah filem yang juga anak kepada pelakon, Khatijah
Tan ini tetap kekal tenang. Jika dilihat pula pada paras wajah wanita
yang keluar bersama Pierre pada ketika itu, dia memanglah seorang yang
sangat jelita dan penampilan wanita tersebut juga memang menarik.
Dulu,
pernah dengar juga cerita bahawa Pierre Andre sudah merancang untuk
berkahwin. Adakah ini wanita yang dimaksudkan? Jika benar, harap
dipercepatkanlah perancangan masa depan ya. Bukannya apa, tak manis
kalau keluar berdua bersama, tak sesuai pula dengan peribadi Pierre
Andre yang kini sudah menyertai kumpulan dakwah.
Tag :
berita hiburan
0 Komentar untuk "Pierre Andre Dengan Kekasih Yang Cantik?"